Program Nadi2u - Taklimat Nadi Mahir

24 Oktober 2024 | Aktiviti Terkini

Pada hari Rabu, 23 Oktober 2024, NADI Bengoh telah mengadakan Taklimat NADI x MAHIR. Taklimat tersebut telah berlangsung selama 1 jam iaitu bermula pada pukul 10:00 pagi sehingga 11:00 pagi dengan penglibatan sebanyak 4 orang peserta.

Taklimat tersebut adalah pengenalan mengenai lima kemahiran yang ditawarkan kepada komuniti tempatan dan para usahawan muda yang berminat untuk mengasah bakat atau mempelajari sesuatu yang baru. Taklimat yang berlangsung memberi peluang kepada peserta untuk mempelajari maklumat mengenai tujuan program NADI X MAHIR ini dianjurkan.

Objektif utama webinar ini adalah untuk menarik minat masyarakat untuk menjadi ahli NADI dan memperkenalkan pelbagai kursus kemahiran yang disediakan oleh NADI. Dalam usaha kerajaan untuk menyokong dan membantu komuniti setempat terutamanya generasi muda dan usahawan tempatan.

Selain itu, kami juga berkongsi “Klik dengan Bijak” mengenai Penipuan dalam talian yang semakin kerap berlaku kini. Akhir sekali, kami berharap agar pesanan yang positif dapat dikongsi bersama dan bermanfaat kepada peserta dalam mengembangkan perniagaan mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali